Kebiasaan kita mempunyai hobi masing-masing namun majoriti perkara yang sering dilakukan oleh rakyat malaysia pada hari ini seperti apa yang kami sediakan dibawah. Mungkin anda bersetuju dan juga tidak bersetuju, namun ia adalah realiti tapi ingatlah setiap masa itu emas. Gunakanlah masa itu untuk membuat sesuatu yang berfaedah.
1. SelfieLepas bangun tidur selfie, selepas gosok gigi pun selfie, lihat saja di laman sosial Instagram contohnya, boleh dikatakan aktiviti selfie sudah boleh dikategorikan perkara ‘wajib’ buat sesetengah wanita mahupun lelaki di Malaysia.
2. WIFI PercumaJika anda mengunjungi restoran mamak atau kafe, pasti kedengaran sesetengah pengguna yang berkata “Bang, ada wifi tak kasi sini? Apa password?”. Tidak dinafikan keperluan Internet pada masa ini adalah penting dan apa yang lebih penting ialah ‘free wifi’.
3. Gadjet PintarAnda boleh lihat sesiapa sahaja ketika ini, tidak kira generasi tua mahupun muda, pastinya telefon pintar tidak lepas dari gengaman. Sewaktu makan, hendak masuk tidur, ketika di dalam kelas, memandu, mahupun waktu ‘melabur’ pastinya telefon pintar merupakan peranti yang wajib ada walau di mana sahaja.
4. Laman Sosial FacebookSiapa di sini ketagih untuk menggunakan aplikasi sosial Facebook? Jika terdapat anugerah pengguna paling ‘aktif’ seumpamanya, pastinya negara Malaysia tercalon di mana sering kali kita lihat berita-berita viral juga kebanyakannya bersumberkan Facebook.
5. Laman Sosial InstagramSeakan berkonsepkan Facebook juga, laman sosial media ini merupakan tempat mempamerkan kreativiti mahupun tempat menyimpan gambar kenangan yang dirasakan cantik oleh pengguna, walaupun gambar tersebut bagi kami hanyalah selipar. Tidak ketinggalan juga Instagram juga adalah tempat ‘cuci mata’.
6. Gambar MakananBoleh dikatagorikan sebagai ‘tak Malaysia lah kalau tak post gambar lunch tadi’. Anda lihat sahajalah lambakan gambar makanan yang dikongsikan di mana-mana sahaja laman sosial. Entah apa niat sebenar mereka ini, nak kongsi bau makanan agaknya…
7. SnapchatMungkin tampak lebih cool jika terdapat video 5 saat ketika membalas mesej, penggunaan Snapchat ini merupakan laman permesejan bertemakan gambar atau video pendek sebagai medium perbualan. Jika anda pernah menyaksikan gaya pengguna aplikasi ini, jangan terkejut sekiranya individu terbabit membuat aksi pelik di hadapan telefon pintarnya.
8. Tonton YoutubeRata-rata pengguna sosial media juga tidak ‘sah’ jika tidak menonton video-video di saluran Youtube. Kebanyakan video adalah dokumentari, filem, video jenaka, viral dan bermacam-macam lagi. Youtube kini sudah mendominasi saluran yang ditayangkan di televisyen. Kami pernah duduk di hadapan pc ‘berjam-jam’ disebabkan menonton video Islamik di Youtube (percayalah).
P/S : So percaya atau tidak.. Amalkan sehari rutin dan baca balik artikel ini..
Have a nice daySumber